Seek Eksekutif merupakan sebuah Firma Perunding Carian Antarabangsa. Seek eksekutif menyediakan Perkhidmatan Perundingan yang berkualiti di dalam dan di luar negara yang merekrut bakat pemimpin yang terbaik. Kami mempunyai banyak pengalaman dan kepakaran yang berkaitan bagi memastikan proses yang konsistent dalam menyediakan calon yang berkualiti dan memenuhi kehendak pelanggan kami. Kami juga menyediakan akses yang inovatif bagi mendapatkan bakat yang terbaik dari seluruh dunia. Lebih daripada 2/3 pelanggan kami merupakan pelanggan tetap kami. Kami juga berupaya memahami strategi yang diperlukan untuk mendapatkan bakat yang terbaik. Di Seek Eksekutif, kami mempunyai kefahaman yang maksimum tentang strategi yang diperlukan untuk mendapatkan bakat yang terbaik. Ini membuatkan kami sebuah syarikat yang unik untuk membantu pelanggan kami mencapai kejayaan dalam perniagaan. Penyelidikan ataupun kajian terhadap calon dan industri membantu pelanggan dalam membuat keputusan sama ada calon tersebut sesuai ataupun tidak dengan suasana perniagaan syarikat mereka. Keputusan yang tepat dalam pemilihan calon akan memberi kesan yang positif di awal ataupun akhir perniagaan nanti.
Antara pengalaman Seek Exec dalam industri:
• Perbankan dan Kewangan
• Kerajaan, Kesihatan dan Pembelajaran
• Kejuruteraan dan Pembuatan
• Teknologi dan Komunikasi
• Hartanah dan Pembinaan
• Runcit dan Kepenggunaan
• Sains Kehidupan
Seek Exec menawarkan carian antarabangsa untuk individu yang berbakat dan pakar dalam bidang berikut:
• Ketua Peringkat – Ketua Pegawai Eksekutif, Ketua Pegawai Kewangan, Ketua Pegawai Teknologi, Ketua Pegawai Risiko, Ketua Pegawai Operasi dan Ketua Pegawai Strategik
• Pengurusan Am – Jualan & Pemasaran, Pengurusan Kewangan, Teknologi Maklumat, Sumber Manusia dan Perundangan
• Pengurusan Pelaburan / Penggabungan & Pengambilalihan / Pembangunan Korporat
• Jualan & Pemasaran
• Teknologi maklumat
• Perakaunan dan kewangan
• Sumber Manusia
• Undang-undang, Risiko & Pematuhan
• Rangkaian Perolehan & Pembekalan